3 BENDA YANG ANDA HARUS LAKUKAN DI KASHMIR

October 29, 2018 Malaysia

Asaalamualaikum . Hari ni adalah permulaan untuk aku bermula menaip entry blog semula. Bukan main lama nya tak menaip sebab bukan lah nak kata ianya bukan hobi aku tapi mungkin aku rasa bercakap lebih mudah bercakap dari menaip sebabnya kalau menaip ni. lambat . yelah aku bukan IT student. hihihi

so entry kali ni aku nak share pengalaman aku di kashmir dan untuk memanfaatkan korang yang sedang membaca ni. aku akan huraikan beberapa point tentang apa yang korang boleh nikmati di kashmir, India.


1. Menikmati permandangan yang Subhnallah sangat cantik dan suasana yang dingin merusuk kalbu

kuasa maha Agung itu sangat besar dan korang akan lebih rasa benda ni bila korang kat sana . Sebab masa aku dekat sana , aku asyik terbayang bagaimana Allah boleh mencipta gunung ganang, salji, pokok pokok dan tasik yang amat cantik . Memang betul apa yang orang cakap , kashmir adalah syurga di atas bumi! jadi pastikan korang feeling habis kat sana dan bawa semua jenis kamera yang korang ada untuk ambil gambar kenang kenangan. 




2. Makan salji ! 
haaaaa sama ada salji jatuh dari langit atau pun salji di tapak kaki, tak rasa ke nak cuba jilat salji tu ? pasti melting terus dalam mulut. Tapi aku tak ada la cuba untuk makan pun sebab aku tahu rasa dia mesti masin hewheww . yelahh , kalau snow fall , boleh la aku tadah tangan rasa, tapi sayangnya waktu aku pergi tu tak ada snow fall, baling baling je salji tu, nak acah snow fall dalam gambar lepas tu boleh upload Instagram . 


3. Snow fighting! 
haaaaa mana ada dekat malaysia nak baling ais atau ketul batu dekat orang. betul tak ? kalau korang baling , nak cari nahas ke tu? tak pasal lain pula yang jadi nanti. Tapi dekat kashmir ni , antara memori yang terindah bagi aku adalah waktu kami gurau gurau main baling salji antara satu sama lain. best sangat tau. Yela, sebab boleh kenakan orang , mau tak best.


ok setakat ini sahaja lah pengalaman yang aku nak ceritakan dalam entry kali ni. sebab aku malas perah otak kali dah. Benda benda yang aku bagitau dalam entry ni korang JANGAN lepaskan tau dekat kashmir nanti. rugi ha kalau tak menikmati betul betul suasana indah di sana , snow fighting dan makan salji !!

Terima kasih sudi baca. 
next week kita berjumpa lagi :) 




-Anis (@jalanjalankashmir)

Post a Comment

Latest Instagrams

© Jalan jalan ke Kashmir. Design by FCD.