BAJET DI KASHMIR. Jom jalan jalan kashmir dengan bajet paling MURAH

December 22, 2017

Jom kita jalan jalan ke Kashmir tetapi dalam bajet !






 Seronok tau p kashmir. Kashmir ni tempat salji. Siapa tak suka pergi tempat salji kan tambah tambah orang Malaysia. Negara kita panas dan hujan ja . so bila boleh merasa salji rasa macam dream come true. I like it so much! Rasa macam dah berada ni London, Brighton, fuhh. nak pergi Europe mungkin lambat lagi kot. yela bajet ke Europe sekurang kurangnya RM10000. mana lah saya nak cari duit. melainkan ada rezeki lebih, merasa la pergi Europe.


tapi boleh bayang tak , tiket ke Europe RM2k ke atas , tapi kalau berjalan jalan ke kashmir ni RM2k all in,dah termasuk segala perbelanjaan. cuma kena pandai cari tiket murah dan agent yang murah.

Dijamin best kalau kita boleh travel dalam bajet. dah la tak belanja lebih, seronok pulak tu.

Jadi , seperti yang saya nyatakan kat atas , RM2000 all in !

Tiket penerbangan
RM600(paling murah) kl-delhi RETURN *kena beli betul betul awal !
RM200 delhi-srinagar RETURN

Penempatan di hotel dan boat house , transport, makan minum, tour agent
RM660 ke bawah     *paling murah RM370 (mengikut jumlah orang dan hari di Kashmir)

Aktiviti di kashmir
RM300- RM450 (ni kalau nak main macam macam aktiviti la. tapi boleh berjimat sebenarnya)

Total bajet paling murah
 RM1670

yassss. this possible based on experiences :D
Kalau dah kaki travel tu , KASHMIR IS A MUST I TELL YOU.

JALAN JALAN KE kashmir dengan bajet paling MURAH . 

Post a Comment

Latest Instagrams

© Jalan jalan ke Kashmir. Design by FCD.